Laman Web Rasmi Majlis Daerah Limbang
Siaran Akhbar, 29 July 2026
KUCHING, 1 Julai 2026 – Majlis Daerah Limbang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) anjuran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak yang berlangsung selama tiga hari dua malam di UCSI Hotel, Kuching. Konvensyen ini menjadi platform bagi agensi-agensi di bawah kementerian untuk membentangkan projek inovasi, berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh budaya inovasi dalam penyampaian perkhidmatan awam. Dalam konvensyen tersebut, Majlis Daerah Limbang telah menghantar dua kumpulan inovasi, iaitu SEUJA dan PADIAN. Majlis Daerah Limbang merakamkan penghargaan kepada semua ahli kumpulan atas komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan sepanjang pembangunan projek serta pembentangan. Diharapkan pengalaman yang diperoleh akan terus menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada organisasi dan komuniti.
Siaran Akhbar, 02 March 2026
Tahukah anda? Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000. Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit. Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia atau akses pautan berikut:- 1. Pengenalan BE2026 2. Pelaksanaan Operasi BE2026 3. Objektif BE2026