picture

Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. Mengapa mereka yang tidak berpuashati dengan kadar Nilai Tahunan yang dikenakan perlu membayar RM20 sbagai yuran bantahan?

Bayaran itu adalah tertakluk dalam Seksyen 67 (2) Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1996. Tujuannya adalah untuk mengelakkan bantahan yang dibuat secara tidak serius atau untuk main-main.

2. Bagaimana harta saya dinilai sedangkan tidak pernah sesiapa datang menilainya?

Pegawai Penilai mempunyai banyak maklumat yang diperlukan untuk membuat penilaian sama ada daripada penilaian yang dibuat sebelum ini atau daripada borang yang telah diisi dan dikembalikan oleh pembayar cukai yang terpilih.

Selalunya kerja penilaian berkenaan adalah berdasarkan perubahan nilai di pasaran berbanding nilai semasa penilaian terakhir dilakukan. Jadi, penilaian satu persatu tidak selalunya diperlukan.

3. Rumah saya tidak disewakan. Bagaimana pihak majlis menentukan Nilai Tahunan untuk rumah saya?

Salah satu prinsip yang digunakan untuk penilaian ialah andaian anggaran sewa jika disewakan oleh pemilik kepada penyewa. Sewa tidak semestinya kadar sebenar yang dibayar tetapi berdasarkan munasabah yang sepatutnya dibayar.

4. Rumah saya dan jiran saya adalah sama. Kenapa kadar bayaran kami berbeza?

Jika berlaku keadaan sedemikian sila dapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan anda. Antarasebab yang mungkin ialah;

  • Kesilapan berlaku sewaktu rumah dinilai.
  • Semasa penilaian dilakukan, rumah anda dan jiran anda adalah berbeza.
5. Apakah jenis-jenis pelepasan yang ada?

 

  1. Jika rumah anda tidak diduduki, anda berhak untuk memohon bagi kadar pengurangan (rebat) dengan syarat notis diberikan kepada pihak berkuasa tempatan dalam masa 14 hari dengan syarat-syarat seperti yang terkandung dalam Peraturan 5 & 6, Peraturan Pihak Berkuasa Tempatan 1997 (Penilaian) dikepilkan bersama.
  2. Jika anda merupakan penerima bantuan kebajikan sosial dan berhak untuk memohon kadar pelepasan di bawahPeraturan 7, Peraturan Pihak Berkuasa Tempatan 1997 (Penilaian).
  3. Jika ada berasa beban untuk membayar bil sekaligus, anda boleh memohon untuk membayar secara ansuran.
6. Saya tinggal di kawasan luar bandar dan tidak menerima perkhidmatan yang tinggal di bandar. mengapa kadar pertahunan tidak sama?
Biasanya, Nilai Tahunan untuk hartanah di kawasan luar bandar dan Kadar Tahunan yang dibayar adalah lebih rendah berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar.