Logo Rasmi


 

logo.png

 

 

 

 

 

Logo ini dicipta melalui Pertandingan Logo /Lambang Majlis Daerah Limbang yang diadakan pada hari isnin 20 Mei  1985 namun terdapat sedikit perubahan pada warna logo.

 

Keterangan Logo :

 

Lingkaran Padi bermaksud perhubungan yang rapat diantara berbagai  kaum/bangsa  di daerahini ;

 

Buah Padi bermaksud Tanaman Padi yang akan menjadi tanaman utama daerah ini(Lembah Limbang) selain daripada hasil kayu-kayan dan lain-lain;

Bulatan bergigi maknanya tugas-tugas Majlis yang merangkumi Perancangan Bandar (Pembaikan, kebersihan dan Perindahan) serta kawalan Lesen Perniagaan;

Simbol rumah bermaksud kuasa yang dipegang oleh Majlis Daerah untuk pembinaan bangunan dan perumahan.

 

 

Keterangan Warna :

 

 

Kuning  bermaksud Majlis Daerah di bawah ‘Kerajaan Tempatan’.

Hijau bermaksud Majlis Daerah mempunyai penasihat-penasihat.

 

Putih bermaksud Majlis Daerah mengutamakan kebersihan.