picture

 

Perutusan Walikota Majlis Daerah Limbang


 

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia

Saya amat berbangga kerana tuan/puan berminat melayari laman web rasmi Majlis Daerah Limbang sebagai salah sebuah laman utama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Melalui laman web ini dapatlah orang ramai melihat dan mengetahui sedikit sebanyak tentang perkembangan Majlis. Selain daripada aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan sepanjang tahun , orang ramai juga berpeluang untuk mengemukakan apa sahaja saranan , kritikan membina dan maklum balas supaya Majlis ini boleh secara berterusan memperbaiki segala kelemahan , kekurangan dan seterusnya berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan demi kesejahteraan dan kemajuan masyarakat di Daerah Limbang.

Dalam konteks pembangunan Teknologi Maklumat , Majlis Daerah Limbang juga tidak jauh ketinggalan dan menggunakan sistem eLA untuk proses perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Sememangnya laman web ini diharapkan dapat menjadi forum kepada semua penduduk di kawasan Limbang khasnya seluruh masyarakat Malaysia dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan Majlis Daerah Limbang. Akhirnya kata dari saya, mewujudkan laman web dalam menyumbangkan tenaga dan usaha ini akan menghasilkan kejayaan demi manfaat kita bersama.

Sekian, terima kasih.


Kr. Sufian Bin Mohat
Walikota, Majlis Daerah Limbang