Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
- Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar I seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
- Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.
- "Occupation Permit" hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas penerimaan Borang F
- Projek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang dalam tahun semasa (DPr - Dalam Perancangan, IJ - lkut Jadual, DJ - Dahulu Jadual, SS - Sudah Siap).
- Buku baharu yang diperolehi melalui perolehan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pinjaman Berkelompok diproses dan dipamerkan untuk pinjaman dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh penerimaan.
- Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke alas setiap kesalahan I pelanggaran undang-undang.
- Sampah domestik dikutip mengikutjadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis.
- Permohonan lesen yang lengkap diproses dan diluluskan dalam tempoh sembilan puluh(90) hari bekerja.
- Semua bil cukai taksiran dihantar satu (1) bulan sebelum tarikh akhir pembayaran yang diwartakan.
- Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.
- Memastikan kes aduan diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.