Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Posted on 29 Jul 2026
Source of News: MAJLIS DAERAH LIMBANG
KUCHING, 1 Julai 2026 – Majlis Daerah Limbang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) anjuran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak yang berlangsung selama tiga hari dua malam di UCSI Hotel, Kuching. Konvensyen ini menjadi platform bagi agensi-agensi di bawah kementerian untuk membentangkan projek inovasi, berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh budaya inovasi dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Dalam konvensyen tersebut, Majlis Daerah Limbang telah menghantar dua kumpulan inovasi, iaitu SEUJA dan PADIAN.

Majlis Daerah Limbang merakamkan penghargaan kepada semua ahli kumpulan atas komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan sepanjang pembangunan projek serta pembentangan. Diharapkan pengalaman yang diperoleh akan terus menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada organisasi dan komuniti.