Ujibakat pertandingan nyanyian piala Pengerusi Majlis Daerah Limbang sempena Pesta Hari Bukit Mas
Disiarkan pada 16 Jun 2026
Sumber Berita: Majlis Daerah Limbang
SESI KEDUA UJIBAKAT PERTANDINGAN NYANYIAN MEREBUT PIALA PENGERUSI MAJLIS DAERAH LIMBANG SEMPENA PESTA HARI BUKIT MAS TAHUN 2026
10.07.2026 (JUMAAT) PUKUL 7.00 MALAM DI LOT 777
Untuk makluman bersama , pada Pesta Hari Bukit Mas di bulan Oktober nanti peringkat akhir Pertandingan
nyanyian merebut Piala Pengerusi Majlis Daerah Limbang ini akan dilangsungkan sebagai aktiviti utama malam kebudayaan pesta
tersebut.
Maka untuk mendapatkan peserta yang akan bertanding di peringkat akhir tersebut , pihak penganjur akan
mengadakan ujibakat terlebih dahulu dimana ujibakat ini akan diadakan pada Pesta Ria Limbang berlangsung (Setiap bulan bermula bulan Mei sehingga Bulan Ogos) dan hanya dua peserta dari setiap bulan ujibakat akan layak berentap lagi di peringkat separuh akhir yang akan diadakan pada bulan September nanti. Manakala hanya 5 peserta dari peringkat separuh akhir yang akan terpilih untuk berentap di peringkat akhir nanti.
Kepada yang berminat untuk menyertai ujibakat pada edisi kali ini boleh hubungi nombor tertera