Majlis Daerah Limbang

Disiarkan pada 15 Dec 2025
Sumber Berita: MAJLIS DAERAH LIMBANG
Pada 8 hingga 12 Disember, ahli-ahli Majlis Daerah Limbang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Shenzhen, China yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Daerah Limbang, Encik Sufian bin Mohat.
Sepanjang lawatan tersebut, delegasi Majlis Daerah Limbang telah mengadakan lawatan rasmi ke Tencent Company dan ibu pejabat Huawei. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari dan memahami pelaksanaan konsep Smart City serta Sustainable Development Goals (SDGs) yang telah berjaya dilaksanakan oleh syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa tersebut.
Melalui sesi perkongsian ilmu dan pendedahan teknologi yang diadakan, pihak Majlis Daerah Limbang berpeluang memperoleh pengetahuan serta amalan terbaik yang boleh diadaptasi dan disesuaikan dengan keperluan pembangunan Daerah Limbang pada masa hadapan.