Seminar Ahli-Ahli Majlis
Disiarkan pada 04 Nov 2025
Sumber Berita: MAJLIS DAERAH LIMBANG
Majlis Daerah Limbang telah menghadiri Seminar untuk Ahli Majlis Tempatan 2025 yang diadakan pada 21 Oktober 2025 di Kuching. Seramai 29 orang Ahli Majlis turut serta dalam seminar ini termasuk Pengerusi Majlis dan Setiausaha Majlis Daerah Limbang.
Seminar ini menghimpunkan wakil daripada semua pihak berkuasa tempatan di seluruh Sarawak bagi memperkukuh peranan Ahli Majlis dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di peringkat komuniti.
Penyertaan ini memberi peluang kepada Majlis Daerah Limbang untuk menambah ilmu serta berkongsi amalan terbaik dalam memperkukuh tadbir urus tempatan ke arah pembangunan mampan dan kesejahteraan masyarakat.
#MajlisDaerahLimbang #SeminarAhliMajlis2025 #SDG #PBT #PembangunanLestari #SarawakMajuMakmur2030