Hari Bukit Mas 2025

Posted on 07 Oct 2025
Source of News: MAJLIS DAERAH LIMBANG
Pesta Hari Bukit Mas 2025 membuka tirainya dengan penuh meriah pada 3 Oktober – 5 Oktober 2025 di Lot 777 Tempat Letak Kereta Limbang yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail. Acara tahunan ini memasuki edisi ke-15 dengan pelbagai pengisian menarik bertemakan “Warisan, Komuniti dan Alam Semula Jadi.”
Pesta kali ini berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung dari pelbagai daerah seperti Lawas dan Miri membuktikan Pesta Hari Bukit Mas terus menjadi destinasi tarikan budaya dan pelancongan utama di rantau ini.
 
ACARA KEMUNCAK DAN TONTONAN MENARIK
Antara acara yang mencuri tumpuan termasuk:
  • Pertandingan Mr Wonderful
  • Pertandingan Memancing
  • Pertandingan Memasak
  • Pertandingan Innowaste dan Mewarna
  • Pertandingan Tamiya
  • Funrun Sempena Hari Bukit Mas 2025
  • Pertandingan Tarik Kalat 3 On 3
  • Pertandingan Nyanyian Piala Wali Kota
 
Selain itu, sudut Pameran Innowaste memperkenalkan pelbagai inisiatif lestari seperti kitar semula, tenaga hijau dan pertanian bandar bagi menyokong agenda SDG 3 Kesihatan Baik Dan Kesejahteraan, SDG 4 Pendidikan, SDG 11 Bandar Dan Komuniti Mampan dan SDG 17 Kerjasama Demi Matlamat. Tambahan itu, beberapa agensi seperti Perkeso, Pejabat Kesihatan Bahagian dan Polis turut menjayakan program dengan membuka kaunter Hari Bersama Pelanggan. Pesta ini juga membantu peniaga-peniaga kecil dari dalam dan luar Limbang Dimana kita bekerjasama dengan Pesta Ria Limbang.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi kerajaan, NGO, penaja korporat dan sukarelawan yang menjayakan Pesta Hari Bukit Mas 2025. Komitmen dan semangat anda adalah nadi kejayaan program ini.