Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 19 Apr 2019
Versi 8.2.0a
 
SEJARAH MAJLIS DAERAH LIMBANGSEJARAH MAJLIS DAERAH LIMBANG


            Majlis Daerah Limbang (MDL) ialah sebuah kuasa Tempatan yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1948 oleh Kerajaan British Sarawak di bawah The Local Authority (Constitution) Order, 1949. Bermula penubuhannya, 12 orang telah dilantik oleh Gabenor Sarawak sebagai Ahli Majlis. Pengerusi pertama Pihak Berkuasa Tempatan Limbang pada masa itu ialah Allaryarham Tuan Hj. Mulok Bin Lampong. Kemudian ahli-ahli Majlis dipilih melalui pilihanraya. Sistem pelantikan ahli-ahli Majlis turut mengalami beberapa perubahan. Namun begitu, bermula 1987 hingga sekarang, jawatan Ahli Majlis dilantik oleh Kerajaan Negeri yang terdiri daripada kompenan politik yang terdapat di Sarawak seperti parti PBB, SUPP, SPDP dan PRS. Ahli Majlis terdiri daripada seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 29 orang Ahli Majlis.

Majlis Daerah Limbang bertanggungjawab ke atas keseluruhan Daerah Limbang yang keluasannya merangkumi 3978.1 dengan peratus taburan penduduk 3.2% (*sumber: Jabatan Tanah dan Survei bertarikh 7 Februari 2002) daripada 48,186 orang ( statistik anggaran banci penduduk 2010). Perkhidmatan Majlis tertumpu di kawasan bandar dan kawasan perumahan. Namun, Majlis tidak melupakan pembangunan di luar bandar jika mempunyai peruntukan pembangunan. Pejabat Majlis Daerah Limbang pada asalnya terletak di Jalan Kubong, seterusnya berpindah di Jalan Bangkita dan sekarang di Tingkat 4, Bangunan Limbang Plaza.