Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 17 Nov 2019
Versi 8.2.2
 
Fungsi Bahagian / SeksyenFungsi Bahagian / Seksyen
 

FUNGSI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Sebagai urusetia Majlis
  • Melaksanakan dasar / keputusan Majlis
  • Menguruskan pentadbiran organisasi Majlis
  • Menyelaraskan fungsi dan peranan semua Bahagian / Seksyen
  • Menguruskan hal-ehwal perjawatan
  • Menguruskan Program Pembangunan Sumber Manusia

 

 FUNGSI BAHAGIAN KEWANGAN

  • Perakaunan
  • Pengukuran bangunan individu atau kerajaan
  • Memproses semua bil kepada pembayar cukai
  • Mengutip bayaran cukai pintu dan lesen-lesen

 

FUNGSI BAHAGIAN PENILAIAN & HARTANAH

  • Membuat ukurperiksa ke atas harta bercukai untuk penilaian.
  • Membuat penilaian ke atas harta bercukai untuk penilaian.
  • Menjana dan mengeluarkan bil cukai taksiran, notis pindaan ke atas senarai penilai dan notis peringatan.

 

FUNGSI BAHAGIAN KEJURUTERAAN

  • Merancang, merekabentuk, melaksana & menyelia projek-projek pembangunan
  • Mengawal dan mengeluarkan permit mendirikan bangunan dan sijil-sijil layak menduduki
  • Menjaga dan menyelenggara kemudahan-kemudahan awam
  • Menyelenggara jalan, lorong pejalan kaki, tepi jalan dan lanskap

 

FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI

  • Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi
  • Menyediakan kemudahan rujukan dan kajian
  • Memberikan keselesaan kepada semua pengunjung perpustakaan

 

FUNGSI BAHAGIAN PENGUATKUASA

  • Menguatkuasakan Undang-undang
  • Melaksanakan Dasar dan Polisi Majlis
  • Menjaga keselamatan kemudahan dan harta benda awam
  • Menyediakan kawalan dan memberi bantuan awam

 

FUNGSI BAHAGIAN KESIHATAN AWAM & PERKHIDMATAN BANDAR

i) Unit Kebersihan Persekitaran & Kemudahan Tandas Bergerak

  • Perkhidmatan pembersihan tepi jalan & kakilima
  • Perkhidmatan pembersihan jalan-jalan utama
  • Pengawasan dan penguatkuasaan
  • Penyediaan & penyeliaan kemudahan tandas awam bergerak
  • Perkhidmatan pemotongan rumput di kawasan Bandar,Pekan Medamit,Pekan Tedungan dan Kawasan perumahan
  • Penguatkuasaan undang-undang dan polisi

 

ii) Unit Kawalan Anjing,Kacau Ganggu dan Kawalan Vektor

  • Operasi,Kawalan dan pemusnahan anjing liar
  • Pelesenan anjing
  • Kacau ganggu dan aduan awam
  • Siasatan & tindakan susulan aduan awam(kacau ganggu)
  • Tindakan terhadap notifikasi kes dan wabak denggi
  • Pemeriksaan jentik-jentik,aktiviti pencegahan,kawalan dan pengasapan di dalam kawasan operasi majlis
  • Kawalan jentik-jentik dalam tangki septik
  • Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
  • Kawalan penyakit bawaan vektor
  • Penguatkuasaan undang-undang dan polisi

 

iii) Unit Sanitasi Bangunan

  • Pemeriksaan pelan bangunan
  • Pemeriksaan tapak untuk kerja-kerja awal binaan
  • Pemeriksaan bangunan bagi pengeluaran Sijil Layak Menduduki
  • Hal-ehwal alam sekitar (Bangunan)
  • Penguatkuasaan undang-undang dan polisi

 

iv) Unit Pelesenan,Pengurusan Pasar & Penjaja

  • Permohonan dan pengeluaran lesen baru
  • Penyambungan dan penamatan lesen perniagaan
  • Lain-lain urusan pelesenan yang berkaitan
  • Tukar hak milik, tukar alamat, pembatalan lesen,dan sebagainya
  • Permit Hiburan, penyimpanan petroleum dan gas
  • Memantau dan merekod kehadiran peniaga di bangunan milik majlis
  • Perkhidmatan pembersihan Bangunan Tamu,Bangunan Pasar,Medan Niaga Bangkita dan Pasar Malam Majlis
  • Siasatan dan tindakan terhadap aduan awam
  • Pengurusan penjaja harian & kutipan cukai penjaja
  • Operasi bersepadu bersama agensi lain
  • Penguatkuasaan undang-undang dan polisi

 

v) Unit Pengurusan Standard Premis Makanan

  • Pemeriksaan rutin kedai kopi, restoran, kantin, gerai,kedai roti & sebagainya
  • Penggredan premis makanan
  • Persampelan makanan
  • Penguatkuasaan kompaun,undang-undang dan polisi
  • Kawalan penyakit bawaan air & makanan
  • Siasatan & tindakan terhadap aduan awam
  • Rekod pengendali makanan dan pengeluaran kad kesihatan
  • Penggunaan kakilima (meja makan)
  • Pendidikan kesihatan

 

vi) Unit Pengurusan Tandas Awam

  • Pemeriksaan rutin Tandas Awam milik Majlis
  • Pengauditan Tandas Awam milik Majlis dan Swasta
  • Perkhidmatan pembersihan Tandas Awam milik Majlis
  • Siasatan & tindakan terhadap aduan awam
  • Kerja-kerja baikpulih dan projek baru tandas awam
  • Pendidikan kesihatan dan promosi
  • Penguatkuasaan garis panduan dan polisi

vii) Unit Sistem Perparitan

  • Pemeriksaan rutin perkhidmatan pembersihan parit kawasan Bandar Limbang dan perumahan serta lain-lain kawasan dibawah seliaan Majlis
  • Mengemaskini rekod dan laporan pemantauan sistem perparitan
  • Kerja-kerja baikpulih parit & projek baru
  • Siasatan & tindakan terhadap aduan awam
  • Penguatkuasaan garis panduan dan polisi

 

viii) Unit Pengurusan Sisa Pepejal & Tapak Pelupusan

  • Pemeriksaan dan pemantauan rutin perkhidmatan kutipan sampah dan penyelenggaraan tapak pelupusan tahap 2 Majlis
  • Pengurusan jambatan timbang di tapak pelupusan
  • Membuat & mengemaskini rekod pemantauan dan jumlah sisa pepejal yang dibuang
  • Melaksanakan aktiviti 3R,Program Hari Tanpa Beg Plastik,gotong-royong dan sebagainya
  • Pengurusan permohonan baru kutipan sisa pepejal
  • Pengurusan pembuangan sampah haram
  • Penyediaan tong sampah tambahan mengikut permohonan/arahan
  • Siasatan & tindakan terhadap aduan awam
  • Penguatkuasaan undang-undang,garis panduan dan polisi