Berita

Jalan Nyelong By-Pass bakal disinari cahaya lampu jalan LED
Tarikh : 12 Sep 2022  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

SARIKEI: Laluan sepanjang 2.6 kilometer di Jalan Nyelong By-Pass di sini bakal disinari cahaya lampu jalan LED pada akhir tahun ini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata usaha itu untuk memastikan keselamatan pengguna melalui laluan tersebut serta memberi keselesaan.

"Projek ini mulai dilaksanakan pada 1 Sepetember lalu dan dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.

"Sebanyak 87 unit lampu jalan LED dipasang di Jalan Nyelong By-Pass nanti.

"Projek pemasangan lampu jalan itu diluluskan melalui Projek BP1 daripada Majlis Daerah Sarikei (MDS)," katanya ketika mengadakan tinjauan ke tapak projek itu kelmarin.  

Huang berharap projek itu nanti dilakukan mengikut standard kerja ditetapkan.

"Pengguna jalan raya yang melalui jalan itu nanti diharap dapat memberi kerjasama dan mematuhi setiap peraturan lalu lintas di kawasan itu.

"Langkah ini amat penting bagi memastikan keselamatan bersama dan kelancaran projek itu," katanya.

Hadir sama Pengerusi MDS Kaunselor Wong Zee Yeng, Setiausaha MDS Sait Enggang dan Jurutera MDS Bobari Bilong Nelson.