Jika berlaku keadaan sedemikian sila dapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan anda. Antarasebab yang mungkin ialah;
- Kesilapan berlaku sewaktu rumah dinilai.
- Semasa penilaian dilakukan, rumah anda dan jiran anda adalah berbeza.
Salah satu prinsip yang digunakan untuk penilaian ialah andaian anggaran sewa jika disewakan oleh pemilik kepada penyewa. Sewa tidak semestinya kadar sebenar yang dibayar tetapi berdasarkan munasabah yang sepatutnya dibayar.
Pegawai Penilai mempunyai banyak maklumat yang diperlukan untuk membuat penilaian sama ada daripada penilaian yang dibuat sebelum ini atau daripada borang yang telah diisi dan dikembalikan oleh pembayar cukai yang terpilih.
Selalunya kerja penilaian berkenaan adalah berdasarkan perubahan nilai di pasaran berbanding nilai semasa penilaian terakhir dilakukan. Jadi, penilaian satu persatu tidak selalunya diperlukan.
Bayaran itu adalah tertakluk dalam Seksyen 67 (2) Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1996. Tujuannya adalah untuk mengelakkan bantahan yang dibuat secara tidak serius atau untuk main-main.